Wednesday, June 24, 2009

Sehari Di Simpang Renggam Johor

Tanggal 13 Jun 2009..hari yang penuh bermakna bagi sang pencerita kerana pertama kali dapat menjejak kaki di bumi Simpang Renggam,Johor...dimana terletaknya rumah mertua..situasi yang begitu asing bagi sang pencerita untuk menjejak kaki kerana belum pernah untuk terlintas ke Johor sebelum ini. perjalanan diawal pagi kira-kira jam 10 pagi menyusur lebuh raya utara-selatan mengambil masa kira-kira 4 jam setelah berhenti rehat di Ayer Keroh,melaka untuk merehatkan enjin toyota altis 1.6 milik kak.ivo dan abg halil..sepanjang perjalanan memang tak bosan sebab kak ivo rajin melayan setiap topik yang dibincangkan...TQ kak.ivo!..emmm,sebelum keluar susur ke mancap,singgah di ayer hitam sebab nak beli kerepek buat buah tangan kat rina..."rinakan suka sgt kerepek tempe..!"..dah tu terus ke Simpang Renggam untuk kerumah..sampainya dipersimpangan jalan kelihatan pada mata sang pencerita sebuah rumah besar..besar yang amat sangat!..masuk n park keta dekat laman dan sang pencerita ligat melihat keadaan keliling yang penuh dengan pokok buah-buahan..pokok yang paling banyak adalah durian..emmmm..memang hajat sebenar adalah durian disebabkan musim durian..belakang rumah,usak kata la...dusun buah..cakap jerr nak makan buah pe..semua ada...bak kata astro macam-macam adaaaaaaaaa........tak cukup sebonet durian, selang jerr seminggu 27 jun 2009,kali ni bukan satu tapi dua biji kereta serang...ha..ha..ha...seraaaaaaangggggggggg!!! apa-apa pun nak merakamkam ucapan kepada ayahda-ibunda mertua tercinta sebab tanpa mereka..tak jejak la kaki sang pencerita di bumi Johor....

Thursday, June 11, 2009

kucingku lilo

sang pencerita ingin menyentuh perihal makhluk kesayangan isteri tersayang..namanya Lilo..umurnya setahun setengah mengikut kata isteri tercinta..maknaya lilo dah umur 6 tahun setengah kalau diikutkan umur manusia..lilo anak yatim piatu..datang sendiri dikala hujan lebat membasahi tubuh badan yang langsung tidak berbulu..isteri sang pencerita mengisahkan ketika beliau hendak keluar awal pagi ketempat kerja..terus lilo diambil dan dibela sampai sekarang..dah gemuk kedempol..lemak bawah perut usah la nak cakap..over "BMI"..lilo ni masa kecik ada kisahnya..selain tak berbulu,lilo ni anak matanya besar sebelah..tanda2 kucing akan mati!..tapi berkat kesabaran isteri tersayang sabar dan terus memelihara lilo..maka kesihatan lilo bertambah baik..anak kucing yang lincah berlompat dan pantang nampak benda2 yang bergerak,pasti dikejar lilo..sesudah besar sedikit..badannya berkutu dan mangsa seterusnya abang dan rina pun efect gatal2 badan..so klinik kesihatan port klang tempat lilo disembur kutu..setelah ok,telinganya pula berkurap..ish..ish.ish "ko ni lilo"!..macam2 hal...bukan tu saja,bila dah baik lagi..bulu pun dah tumbuh..masalah yang paling besar...lilo kena electrik shock! terus isteri tersayang bawa ke klinik haiwan bukit tinggi,klang untuk diperiksa..dan akhirnya lilo admit 2 hari untuk dipotong ekornya..dan sekarang lilo membesar dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh rina dan sang pencerita bagai minyak yang penuh..ikuti kisah selanjutnya tentang lilo selepas ini..assalamualaikum jumpa lagi..

Saturday, May 30, 2009

disuatu petang..

tersebutlah penceritaan dimana 2 insan sesama rakan sekerja sedang enak minum teh halia sambil menikmati panorama para pekerja mencuci kereta..
sang pencerita memerhati gelagat pelanggan/pemilik kereta dan amat tertarik dengan seorang lelaki berbangsa cina yang memiliki sebuah kereta hebat BMW 7 series...yang menarik perhatiaan sang pencerita adalah subjektifnya adalah kereta tersebut...bayangkan criteria yang ada pada pemilik BMW tersebut..bergaya,hebat,? salah sama sekali..pemilik ini memakai kemeja long sleve,memiliki rupa 'Tauke" akan tetapi kasutnya koyak..Kenapa? cuba kita renungkan bersama..manusia dicipta Tuhan sebaik mungkin..dicipta oleh maha esa dengan penuh sifat..diberi akal untuk berfikir..diberi anggota badan untuk bekerja..tetapi dimana dan kemana kita memanipulasi anugerah yang diberi? sama-sama renungkan kata pujangga..."orang yang sedar akan dirinya kaya tetapi tidak menunjuk2 adalah orang yang tinggi martabatnya,manakala orang yang miskin menunjuk2 akan kelihatan rendah martabatnya.."cuba kembali kepada ciri2 cerita pemilik kereta BMW,kenapa keta mahal boleh beli tapi kasut bawah $50 tak boleh beli? biar pada mata orang kita nampak selekeh,tapi duit banyak..dari pada mata orang kita bergaya tapi miskin wang..pilih yang mana satu lebih menjamin masa depan? pendek kta sang pencerita selalu kata kepada kwn2 yang suka bergaya hebat tapi miskin,"Biar Papa Asalkan Pakai Perdana Turbo"...

Tuesday, May 5, 2009